Batu Pahat – Pihak Pusat Kemajuan dan Hubungan Alumni ( CARE ) dengan kerjasama Penerbit UTHM dengan bangganya membuka tempahan Buku Alumni edisi pertama yang dilancarkan pada 10 Oktober 2010. Majlis pelancaran yang gilang-gemilang telah disempurnakan Ahli Lembaga Pengarah UTHM dengan diserikan dengan kehadiran 50 orang alumni-alumni yang tersenarai. Tahniah kepada semua yang terlibat!
Buku Alumni dijual dengan harga RM 15/naskah ( cetakan hitam/putih ) dan manakala RM 50/naskah ( cetakan warna ). Urusan penempahan dan pembelian boleh dilakukan melalui pengedar utama iaitu Koperasi Alumni UTHM Johor Berhad.
Pihak Alumni dengan jasa baik akan mengirim naskah percuma kepada 50 orang alumni-alumni yang tersenarai sebagai tanda penghargaan kerana telah menaikkan nama UTHM dan menjadi pendorong kepada para Alumni untuk terus berjaya dalam bidang yang diceburi.
[ Sumber dari Fanpage Alumni UTHM . Thanks for those who sending this ]









