Laporan Kejohanan Futsal Jemputan Alumni UTHM 2011
Buat julung-julung kalinya,Kejohanan Futsal Jemputan Alumni UTHM 2011 telah dianjurkan dengan hasil kerjasama Persatuan Alumni UTHM 2011 (UTHMa) bersama Centre of Alumni Advancement and Relations ( CARE ).
1. Maklumat lengkap kejohanan
Tarikh : 25 Jun 2011 ( Sabtu )
Lokasi : Sports Planet Ampang
Masa : 8.30am – 2.00pm
Yuran penyertaan : Alumni UTHM ( RM70/pasukan ) / Jemputan ( RM150/pasukan )
2. Keputusan akhir kejohanan
1st : Jagung Futsal – Alumni UTHM
2nd : Alumni Politeknik Shah Alam – Jemputan
3rd : Karipap Satu FC – Alumni UTHM
4th : Team Waloq – Alumni UTHM
3. Usaha penambahbaikan pada masa hadapan :
3.1 Menjadikan kejohanan sebagai acara tahunan di mana bulan Jun merupakan bulan dipilih untuk penganjuran kejohanan.
3.2 Menambah penglibatan keseluruhan pasukan kepada 20 pasukan pada tahun hadapan dengan penglibatan kalangan Alumni UTHM kepada 60-70%.
3.3 Menawarkan lagi hadiah-hadiah yang lebih lumayan.
3.4 Membuka untuk kategori perempuan jika terdapat permintaan sewajarnya.
Sekian,terima kasih.
[admin]
p/s : poster credits to jackjill









