Blog
MINIT MESYUARAT PERSATUAN ALUMNI BIL.2/2010
23rd Oct 2010 | Posted in: Blog, Front 0
MINIT MESYUARAT PERSATUAN ALUMNI BIL.2/2010

PERSATUAN ALUMNI UTHM (UTHMa)

MINIT MESYUARAT PERSATUAN ALUMNI BIL.2/2010

Tarikh : 09.10.2010

Tempat : Galaxy Hall, Cystal Inn Hotel, Batu Pahat, Johor

Pengerusi : Engr. Dr. Mohamad Hisyam bin Mohd Hashim

Setiausaha : Cik Nur Izzati binti Abd Jalil

Bil

Perkara

1.

Ucapan Pengerusi

Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat dan mengucapkan terima kasih. Beliau juga menyatakan bahawa tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bettujuan untuk mengetahui perkembangan aktiviti persatuan untuk tahun 2010.

2.

Perbincangan/Usul

2.1 Mengemukakan Perancangan 2010

2.1.1 Presiden inginkan maklum balas program yang berjaya dijalankan sepanjang 2010 dan yang gagal dilaksanakan memandangkan program yang dirancang semasa bengkel di Port Dickson tidak diluluskan kerana kekangan kewangan.

2.1.2 Pengerusi memaklumkan belum ada yang dilaksanakan kerana kertas kerja untuk perlaksanaan dilihat sebagai tidak mendatangkan pendapatan untuk persatuan.

2.1.3 Persatuan masih kurang jelas tentang prosedur permohonan penggunaan wang daripada Tabung Alumni dan Pengerusi mencadangkan untuk diadakan mesyuarat Pengarah Sektor untuk menghasilkan satu kertas kerja yang baik sehingga ada program yang boleh diluluskan dan disediakan laporan program.

2.1.4 Pengerusi menyatakan bahawa apa-apa program di bawah kos RM1000 akan diluluskan oleh Pengarah CARE. Berikutan itu, dicadangkan satu aktiviti untuk setiapa sektor iaitu Pertandingan Bowling pada hujung tahun 2010.

2.2 Maklum Balas Program PESISIR

2.2.1 Atas permintaan ramai, Exco Akademik mencadangkan agar program PESISIR peringkat Sarjana Muda juga ditawarkan kepada pemegang Diploma yang bekerja dan dilaksanakan di Politeknik supaya boleh menggunakan segala kemudahan yang ada.

2.2.2 Pengerusi memaklumkan program berkenaan diuruskan oleh CEC dan khusus untuk program Sarjana.

2.2.3 Program PESISIR di Mukah mohon untuk pensyarah datang mengajar ke Mukah bagi menjimatkan kos dan masa.

2.3 Penghantaran Borang BEM

2.3.1 Exco mencadangkan agar pihak CARE sudi menguruskan borang-borang

pendaftaran BEM bagi Alumni dengan mengutip bayaran sebanyak RM60 yang mana RM50 dibayar kepada BEM dan RM10 sebagai wang pengurusan. Dana akan sidalurkan terus ke dalam Tabung Alumni.

2.4 Baju Rasmi Persatuan Alumni

2.4.1 Exco mencadangkan untuk diadakan satu baju batik atau apa-apa baju rasmi untuk Persatuan Alumni bagi memberikan sedikit kelainan ketika menghadiri mana-mana majlis rasmi yang melibatkan Alumni.

2.4.2 Pengerusi menyarankan agar dibuat satu kertas kerja berkaitan kerana jika mengikut prosedur universiti, tiada sebarang tuntutan peruntukan boleh dibuat untuk membuat baju.

2.5 Promosi Persatuan Alumni

2.5.1 Presiden mencadangkan agar ditampal poster-poster berkaitan Persatuan di politeknik-politeknik untuk menaikkan lagi nama persatuan.

2.5.2 Oleh yang demikian, sumber kewangan perlu ada bagi membantu promosi ini.

2.5 Anugerah Khas Alumni

2.5.1 Presiden mencadangkan untuk pada sesi akan datang, Anugerah Khas Alumni diberikan kepada Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00pm.

Disediakan oleh,

……………………..………………………………….

(CIK NUR- IZZATI BINTI ABD JALIL)

Setiausaha,

Persatuan Alumni UTHM

p/s Credits to all participants and also special thanks to Miss Izzati for contributing.

Leave a Reply