Kepada semua Graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Harta Tanah, PA INTERNATIONAL PROPERTY CONSULTANTS SDN BHD, cawangan Kluang menawarkan 2 kekosongan jawatan dalam bidang ini. Sesiapa yang berminat, boleh hubungi talian 07-7725758 atau faks 07-7722054 atau layari www.pa.com.my.
Untuk pengetahuan anda, penawaran ini telah dikemukakan oleh Pengarah PA INTERNATIONAL PROPERTY CONSULTANTS SDN BHD, S.S. GUNASEKARAN melalui Dekan Fakulti Pengurusan Teknologi,UTHM.
Syarikat PA INTERNATIONAL PROPERTY CONSULTANTS SDN BHD merupakan sebuah syarikat besar yang mana terlibat dengan menyediakan khidmat nasihat dan juga kepakaran dalam perundingan serta terlibat dengan memberi khidmat sepenuhnya terhadap penyelesaian harta benda. Syarikat ini berdaftar dengan “Board of Valuers, Appraisers & Estate Agents under the Valuers, Appraisers & Estate Agents Act 1981″, dan telah beroperasi sejak Jun 1980. Syarikat ini mempunyai 4 cawangan yang mana 3 cawangan beroperasi dalam negeri Johor iaitu di daerah Segamat, Kluang, Batu pahat dan 1 cawangan beroperasi di Kuala Lumpur / Selangor manakala ibu pejabat adalah di Johor Bharu










