Blog
Selamat Hari Raya Aidiladha !
5th Nov 2011 | Posted in: Blog, Front 0
Selamat Hari Raya Aidiladha !

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha!

Sesungguhnya Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Justeru itu, semua warga kerja Alumni UTHM ingin mengucapkan Salam Lebaran kepada semua warga Alumni yg beragama Islam dan Selamat Bercuti kepada yang bukan Islam!

p/s Bersama-samalah kita ‘berkorban’ bagi mengharumkan nama UTHM…

Leave a Reply